awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedang tambah bekalan bahan uji Reagen untuk COVID-19

Fareez Azman
Fareez Azman
07/04/2020
10:11 MYT
KKM sedang tambah bekalan bahan uji Reagen untuk COVID-19
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya kini sedang menambah bekalan Reagen bagi ujian Covid-19. Gambar Fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha mendapatkan bekalan Reagen atau bahan uji COVID-19 dalam meneruskan ujian wabak COVID-19 di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga kini bekalan Reagen yang sedia ada hanya mampu menampung ujian dalam tempoh seminggu sahaja.
"Minggu lepas kita kekurangan Reagen, kita mempunyai tiga syarikat tapi hanya mampu membekalkan Reagen tersebut sebanyak 40 peratus kepada KKM.
"Bila kita ada kekangan Reagen, masing-masing mencari sama ada bekalan di Singapura ada atau tidak. Pihak Jabatan Kesihatan Sabah pun sedang berusaha mendapatkan reagen tersebut.
"Kita pun ada kerjasama dengan kementerian lain untuk mendapat Reagen, setakat ini kita boleh bertahan seminggu, namun kita berharap dapat dibekalkan dalam tempoh terdekat," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Ujarnya, KKM juga sedang mengoptimakan penggunaan satu Reagen dalam setiap lima sampel kes COVID-19.
"Apa yang penting kita gunakan Reagen, kita dapat mantapkan dan optimakan penggunaan Reagen. Sekarang satu Reagen digunakan ke atas lima sampel untuk penjimatan," jelasnya.
Tambah Dr Noor Hisham, pihaknya kini telah menerima Reagen Test-kit bagi antigen COVID-19, namun ia perlu mengambil masa dua hingga tiga hari untuk menjalankan ujian.
Topic Berkaitan
#Antigen
#bekalan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kementerian
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Putrajaya
#reagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan