awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedia teliti cadangan tetapkan harga ubat dan bekalan farmasi

Bernama
Bernama
14/12/2019
03:04 MYT
KKM sedia teliti cadangan tetapkan harga ubat dan bekalan farmasi
Pemain-pemain industri insurans dan takaful menyarakan supaya KKM mengkaji kemungkinan menetapkan penanda aras kepada harga ubat dan bekalan farmasi memandangkan kos perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan bersedia meneliti cadangan untuk menetapkan satu penanda aras bagi harga ubat dan bekalan farmasi pada masa hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan yang disifatkan baik itu perlu diberi perhatian bagi memastikan kos dan perbelanjaan kesihatan dibayar oleh rakyat tidak membebankan.
"Cadangan (menetapkan harga ubat dan bekalan farmasi) pastinya datang daripada pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos dibayar rakyat adalah munasabah.
"Cadangan itu saya akan ambil perhatian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pemain-pemain industri insurans dan takaful supaya KKM mengkaji kemungkinan menetapkan penanda aras kepada harga ubat dan bekalan farmasi memandangkan kos perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pemain-pemain industri itu juga dilaporkan berkata jumlah perbelanjaan kesihatan tahun lepas menjangkau RM60.147 bilion yang mana 52 peratus dibiayai oleh kerajaan dan bakinya sebanyak 35 peratus dibayar oleh isi rumah sendiri manakala insurans swasta (tujuh peratus), perbadanan (empat peratus) dan lain-lain agensi (dua peratus).
Menurut kumpulan itu juga, sekiranya kos penjagaan kesihatan tidak dikawal, peningkatan dalam premium bagi insurans perubatan dan kesihatan tidak akan dapat dielakkan lagi.
Dalam pada itu, program berkhatan amal hari ini dianjurkan secara bersama oleh Hospital Pakar KPJ Selangor, Pertubuhan Sosial Orang Kuala Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.
Sebanyak 80 kanak-kanak berumur sembilan hingga 12 tahun dari sekitar Kuala Selangor menyertai program berkhatan beramai-ramai yang diadakan secara percuma itu hasil sumbangan penganjur terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#farmasi
#insurans
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#KKM
#kos kesihatan
#Kuala Selangor
#pemain industri
#perbelanjaan kesihatan
#perubatan
#takaful
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan