awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM tubuh jawatankuasa teliti isu vape campuran dadah

Asyraf Malik
Asyraf Malik
13/05/2025
07:03 MYT
KKM tubuh jawatankuasa teliti isu vape campuran dadah
Bahan psikoatif di dalam vape boleh mengubah fungsi otak serta sistem saraf, sehingga menjejaskan deria dan persepsi. - Gambar hiasan/ Bernama
PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau isu penggunaan vape yang didakwa melibatkan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Ismuni Bohari berkata KKM sedang meneliti peraturan sedia ada, sekiranya aspek penguatkuasaan masih relevan menangani permasalahan tersebut.
Antara undang-undang dimaksudkan adalah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2024) yang bermula baru-baru ini.
"Jawatankuasa ini dipengurusikan saya sendiri bersama Dr Lokman Hakim Sulaiman, jadi berdasarkan bukti kes yang kami kumpul, kami akan lihat impak penguatkuasaan terkini, jika ia masih boleh dipakai.
"Berdasarkan itu, kami akan bentangkan kepada ahli jawatankuasa, kami bincangkan sekiranya ada cadangan munasabah boleh diambil susulan situasi dihadapi sekarang," ujar Ismuni dalam sidang media di Institut Kanser Negara Putrajaya pada Selasa.
Untuk rekod, tular beberapa kes di media sosial membabitkan pelajar berkumpulan serta insiden kematian yang dikaitkan dengan bahan psikoaktif seperti 'magic mushroom' di dalam vape.
Bahan psikoatif ini boleh mengubah fungsi otak serta sistem saraf, sehingga menjejaskan deria dan persepsi.
Topic Berkaitan
#KKM
#vape
#bahan psikoatif
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan