awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan

Faida Rahim
Faida Rahim
30/11/2022
14:33 MYT
Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan
MCMC berkata, tindakan itu susulan pendedahan sebuah portal berita, bahawa penyebaran tiga klip video terbabit adalah kandungan berbayar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Susulan penyebaran video berbaur provokasi mengenai amaran rusuhan 13 Mei yang tersebar di aplikasi TikTok, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pengurusan syarikat terbabit memberi penjelasan segera.
Menerusi satu kenyataan media, MCMC berkata, tindakan itu susulan pendedahan sebuah portal berita, bahawa penyebaran tiga klip video terbabit adalah kandungan berbayar.
Katanya, MCMC bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memantau penyebaran tiga klip video berkenaan.
MCMC berkata, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).
“Pelaku boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
“Penyebaran kandungan video sedemikian merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan kebencian mahupun prejudis dalam hal ehwal berkaitan agama dan kaum,” katanya.
Justeru, katanya, MCMC dan polis akan meningkatkan usaha dalam mengekang penyebaran video yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#TikTok
#MCMC
#13 Mei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan