awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster ILI dikesan di SBP Ipoh

Aida Aziz
Aida Aziz
25/06/2022
06:41 MYT
Kluster ILI dikesan di SBP Ipoh
Mohd Akmal berkata, kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.
KUALA KANGSAR: Satu kluster Influenza-Like-Illness (ILI) melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Ipoh, dikesan pada Selasa lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata, kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati 25 daripada 220 orang pelajar yang terdedah mengalami gejala batuk, 11 orang sakit tekak, tujuh orang selesema dan empat orang sakit kepala.
"Mereka telah menerima rawatan di Klinik Komuniti Ampang, Ipoh. Tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.
"Ujian pengesanan Rapid Test Kit (RTK) antigen COVID-19 bagi 25 orang pelajar bergejala pada 19 Jun adalah negatif.
"Manakala, tiga daripada lima sampel swab nasopharyngeal didapati positif Influenza A H3 pada 21 Jun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau 2022 Peringkat Negeri Perak di Dewan Jubli Perak, di sini pada Sabtu.
Ujar Akmal lagi, pelajar bergejala telah ditempatkan secara berasingan di bilik isolasi asrama sekolah dan dipantau dalam tempoh 10 hari.
Manakala saringan harian pelajar bergejala dilakukan oleh pihak sekolah dan dirujuk untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut serta rawatan di klinik.
Topic Berkaitan
#ILI
#nfluenza
#sekolah berasrama penuh
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan