awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolaborasi strategik pastikan lepasan institut JKM dapat akses pendidikan tinggi

Bernama
Bernama
30/05/2024
21:45 MYT
Kolaborasi strategik pastikan lepasan institut JKM dapat akses pendidikan tinggi
Nancy (berdiri, tengah) bersama anak-anak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menerima Bantuan Kos Sara Hidup Pendidikan pada Majlis Inspirasi Anjung Sinar 2024 di Putajaya pada Khamis. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi pendidikan bagi memastikan lepasan institut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima akses pendidikan tinggi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan hak kanak-kanak khususnya melibatkan pendidikan diperoleh dengan sewajarnya.
Beliau berkata ia selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) di bawah Artikel 28 iaitu semua kanak-kanak berhak mendapat akses pendidikan sehingga tahap paling tinggi.
"Justeru, KPWKM akan memastikan anak-anak cemerlang ini dapat melanjutkan pelajaran di peringkat 'tertiari' menerusi kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi pendidikan yang berkaitan," katanya ketika berucap pada majlis aspirasi Anjung Sinar 2024 di sini pada Khamis.
Mengenai Anjung Sinar, Nancy berkata ia program khusus kepada kanak-kanak lepasan institut JKM yang menyediakan sistem sokongan sosial bagi anak-anak yang memerlukan untuk diperkasakan ke arah mencapai kehidupan sejahtera.
"Program ini mencerahkan peluang mereka melanjutkan pelajaran atau kemahiran serta akses kepada peluang mendapatkan pekerjaan," katanya
Sementara itu, Nancy turut menawarkan peluang kepada pihak korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu untuk berganding bahu bersama kementerian melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menyalurkan sumbangan serta menjalinkan kerjasama strategik dengan Yayasan Kebajikan Negara.
"Kami di kementerian mengalu-alukan sokongan dalam bentuk pembiayaan dana pendidikan, peluang kerjaya dan aktiviti pemerkasaan khusus kepada anak-anak di Anjung Sinar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#Yayasan Kebajikan Negara
#Anjung Sinar
#pihak korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan