awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang

Kolumnis AWANI
Kolumnis AWANI
01/03/2026
07:54 MYT
[KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang
Apabila pihak berkuasa mengesahkan siasatan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, ini menunjukkan tahap keseriusan yang luar biasa. - Gambar hiasan
KENYATAAN terbaharu Polis Diraja Malaysia mengenai siasatan terhadap dakwaan konspirasi menjatuhkan kerajaan seharusnya membuka mata rakyat bahawa isu kestabilan negara bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Apabila pihak berkuasa mengesahkan siasatan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, ini menunjukkan tahap keseriusan yang luar biasa. Ia bukan sekadar pertikaian politik biasa, tetapi melibatkan kemungkinan ancaman terhadap sistem pemerintahan yang dipilih rakyat.
Lebih membimbangkan, laporan yang dibuat mendakwa wujud usaha menggunakan media antarabangsa, pelobi luar negara dan tekanan persepsi global untuk mempengaruhi politik domestik Malaysia. Sekiranya benar, tindakan sedemikian melangkaui batas perdebatan demokratik dan menyentuh soal kedaulatan negara.
Dalam era maklumat tanpa sempadan, persepsi boleh menjadi senjata yang lebih berkesan daripada kekuatan fizikal. Naratif yang dibentuk secara sistematik mampu melemahkan keyakinan rakyat terhadap institusi, memecah-belahkan masyarakat dan akhirnya menjejaskan legitimasi kerajaan.
Tidak mustahil juga bahawa serangan berterusan terhadap institusi penguatkuasaan — termasuk terhadap kepimpinan SPRM — perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. SPRM dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan pendekatan “tanpa pilih bulu”, menyiasat tokoh politik, korporat, penjawat awam, NGO dan bahkan kepimpinan tertinggi sektor pertahanan negara.
Pendekatan tegas ini sememangnya penting dalam memerangi rasuah, tetapi pada masa yang sama boleh mencetuskan tindak balas daripada pihak yang berkepentingan. Namun begitu, kita juga tidak boleh terjebak dalam spekulasi. Prinsip asas negara hukum ialah keadilan mesti berasaskan bukti, bukan persepsi atau tekanan media. “Trial by media” bukan sahaja boleh memusnahkan reputasi individu, malah berpotensi menjejaskan kepercayaan terhadap institusi negara.
Apa yang diperlukan sekarang ialah ketenangan dan keyakinan terhadap proses undang-undang. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan secara bebas, profesional dan telus bagi menentukan kesahihan dakwaan tersebut.
Jika benar wujud konspirasi, ia mesti ditangani dengan tegas demi mempertahankan demokrasi dan kedaulatan negara. Jika dakwaan itu tidak berasas, penyebaran tuduhan sedemikian juga perlu diambil tindakan agar tidak menjadi alat manipulasi politik.
Malaysia tidak boleh membiarkan kestabilan negaranya ditentukan oleh perang persepsi. Demokrasi yang matang bergantung kepada fakta, keadilan dan penghormatan terhadap undang-undang — bukan kepada naratif yang paling lantang.
Akhirnya, yang dipertaruhkan bukan hanya reputasi individu atau institusi, tetapi masa depan negara itu sendiri.
*Artikel ini tulisan Nazir Ab Hadi, Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR)
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#kedaulatan undang-undang
#persepsi
#SPRM
#pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan