awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komando cemas, payung terjun tidak kembang

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2024
11:45 MYT
Komando cemas, payung terjun tidak kembang
Tangkap layar video memaparkan detik cemas dihadapi seorang komando Paskau ketika melakukan pendaratan ketika latihan bersepadu AMTOP Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Seorang anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) menempuh detik cemas apabila payung utamanya mengalami masalah ketika latihan bersepadu Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.
Detik mencemaskan itu tular menerusi media sosial setelah video kejadian berkenaan dipercayai dirakam orang awam.
Video berkenaan memaparkan pendaratan yang dilakukan anggota Paskau itu mengalami masalah setelah payung terjun yang digunakannya tidak kembang.
Difahamkan, kejadian berlaku berkemungkinan mengalami masalah teknikal sebelum anggota Paskau terbabit menggunakan payung terjun kecemasan.
Detik cemas itu berakhir apabila anggota komando berkenaan berjaya mendarat dengan selamat di lokasi.
Latihan bersepadu itu membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggabungkan elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ia dikoordinasi oleh Markas Wilayah Udara 1 (Mawilud 1) sebagai hos yang dilaksanakan di kawasan operasi latihan sekitar Kuantan, Gong Kedak (Terengganu), Mersing (Johor) dan Pulau Pangkor (Perak). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#komando Malaysia
#payung terjun tak kembang
#Tular
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan