awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komitmen Malaysia, China banteras jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
09/09/2024
12:30 MYT
Komitmen Malaysia, China banteras jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong (tengah) ketika mengadakan pertemuan dua hala sempena GPSCFL 2024. - Foto BERNAMA
SHANGHAI: Komitmen China terhadap Malaysia untuk kerjasama serta kolaborasi dua hala dalam usaha pembanterasan jenayah rentas sempadan adalah pada tahap tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu antara inti pati pertemuan dua hala bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, selepas menyertai Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024 di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata hasil pertemuan itu, kedua-dua negara antara lain turut bersetuju untuk meneruskan kerjasama dalam beberapa aspek lain, termasuk peningkatan latihan bersama dan pertukaran pegawai tinggi dalam bidang penguatkuasaan dan keselamatan.
"Selain membincangkan beberapa isu penting lain, pertemuan ini menjadi platform mempererat kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dengan Republik itu, terutamanya dalam pembanterasan jenayah rentas sempadan.
"Komitmen China terhadap Malaysia adalah pada tahap yang sangat tinggi dan kami berharap ia akan terus diperkukuh, terutamanya dengan lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke China hari ini.
Topic Berkaitan
#komitmen
#Malaysia
#China
#banteras jenayah rentas sempadan
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan