awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks automotif DRB-HICOM sumbang RM12 bilion

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2013
23:45 MYT
Kompleks automotif DRB-HICOM sumbang RM12 bilion
Kompleks Automatif DRB-Hicom di Pekan dijangka memberi pulangan RM12 bilion kepada pendapatan kasar negara, (GNI) menjelang 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kompleks itu, yang bermula dengan 200 pekerja, kini menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 3,200 pekerja, sebaris dengan pengeluar pengeluar automatif antarangsa.
“Pelaksanaan tiga peringkat kompleks itu dijangka menarik pelaburan RM4.5 bilion dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan," kata Najib ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Warga DRB-Hicom Pekan, di Pekan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi DRB-Hicom Berhad Datuk Syed Mohamed Syed Murtaza dan pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.
Tambah Najib, kompleks automatif di Pekan adalah satu usaha transformasi kerajaan yang berjaya mengubah lanskap Pekan, yang dahulunya penduduk kawasan berkenaan terlibat dalam kegiatan pertanian dan menangkap ikan.
Katanya lagi kejayaan DRB-Hicom di Pekan yang menarik kerjasama dengan pelbagai gergasi automatif membuktikan kerjasama itu berjaya membawa kemakmuran untuk dinikmati rakyat.
Selain pemasangan kereta berjenama seperti Mercedez-Benz, Honda, Isuzu, Suzuki, Mitsubishi dan Volkswagen, DRB-Hicom juga mengeluarkan kereta-kereta perisai serta kenderaan pertahanan.
Topic Berkaitan
#automotif
#DRB-Hicom
#Najib Razak
#Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan