awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

Bernama
Bernama
28/08/2021
00:29 MYT
Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini
Proses sanitasi dan dekontaminasi ACC dijalankan selama dua hari bermula semalam. - Facebook Hospital Tengku Ampuan Rahimah
SHAH ALAM: Kompleks Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini yang sebelum ini telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit COVID-19 akan dibuka semula Isnin ini.
HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.
"Ia merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan," menurut hospital itu menerusi hantarannya dalam Facebook.
HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.
Bernama sebelum ini melaporkan jumlah kemasukan harian pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan di HTAR telah berkurangan lebih 50 peratus sejak awal bulan ini.
Sumber Facebook HospitalTengkuAmpuanRahimah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HTAR
#Kompleks Rawatan Harian
#wad sementara COVID-19
#dibuka semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan