awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: 20 lagi kapal Pakistan dibenar lalu Selat Hormuz

Bernama
Bernama
29/03/2026
02:05 MYT
Konflik Asia Barat: 20 lagi kapal Pakistan dibenar lalu Selat Hormuz
Selat Hormuz telah ditutup secara berkesan sejak awal Mac berikutan peningkatan konflik yang bermula pada 28 Feb.
Iran bersetuju untuk membenarkan 20 lagi kapal di bawah bendera Pakistan melalui Selat Hormuz, yang telah ditutup secara berkesan selama beberapa minggu, lapor Anadolu Ajansi.
Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar mengesahkan langkah itu di platform media sosial X, menyebutnya sebagai isyarat membina yang wajar diberi penghargaan.
Ia ialah petunjuk keamanan dan akan membantu mewujudkan kestabilan di rantau ini, katanya.
"Dialog, diplomasi dan langkah membina keyakinan seperti itu adalah satu-satunya jalan ke hadapan," tambahnya.
Pakistan akan menjadi tuan rumah mesyuarat empat hala mengenai konflik Asia Barat pada Ahad.
Diplomat tertinggi Türkiye, Pakistan, Mesir dan Arab Saudi dijangka bertemu di Islamabad untuk membincangkan usaha berterusan bagi meredakan ketegangan yang kian memuncak di rantau itu ketika perang antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran memasuki bulan kedua.
Selat Hormuz telah ditutup secara berkesan sejak awal Mac berikutan peningkatan konflik yang bermula pada 28 Feb.
Sebelum konflik, purata 138 kapal melalui selat itu setiap hari.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#Iran
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan