awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Amazon sahkan kerosakan pusat data di UAE susulan laporan serangan

Astro AWANI
Astro AWANI
02/03/2026
17:01 MYT
Konflik Asia Barat: Amazon sahkan kerosakan pusat data di UAE susulan laporan serangan
Menurut Amazon, zon lain di rantau itu beroperasi seperti biasa dan insiden itu tidak menjejaskan pelanggan yang menjalankan aplikasi mereka melalui pusat data lain - Foto REUTERS

Amazon pada Isnin mengesahkan kepada RIA Novosti yang pusat datanya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengalami kerosakan susulan laporan serangan, yang mengakibatkan kebakaran di kemudahan itu.

“Kira-kira 4.30 pagi PST [12.30 tengah hari GMT], satu daripada Zon Ketersediaan kami (mec1-az2) terjejas akibat objek yang terkena pusat data, menyebabkan percikan api dan kebakaran. Jabatan bomba memutuskan bekalan kuasa ke kemudahan serta generator ketika mereka berusaha memadamkan kebakaran.
"Kami masih menunggu kebenaran untuk menghidupkan semula bekalan elektrik dan sebaik sahaja dibenarkan, kami akan memastikan pemulihan kuasa dan sambungan dilakukan dengan selamat. Ia akan mengambil masa beberapa jam untuk memulihkan sambungan ke Zon Ketersediaan yang terjejas,” menurut kenyataan syarikat itu.
Menurut Amazon, zon lain di rantau itu beroperasi seperti biasa. Insiden itu tidak menjejaskan pelanggan yang menjalankan aplikasi mereka melalui pusat data lain, katanya.
Pada 1 Mac, NBC News melaporkan, yang memetik syarikat itu, yang satu pusat data platform awan Amazon di UAE ditutup selepas bangunan itu diserang. Media kemudian melaporkan yang kemudahan itu rosak akibat serangan dron.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Amazon
#pusat data
#UAE
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan