awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Ansarullah laksana operasi bersama Iran, Hezbollah serang Israel

Agensi
Agensi
01/04/2026
08:51 MYT
Konflik Asia Barat: Ansarullah laksana operasi bersama Iran, Hezbollah serang Israel
Yahya (foto) turut menuntut segala bentuk pencerobohan yang dilakukan oleh Israel dihentikan dan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas blok pro-Iran ditarik balik. -Gambar Reuters
Pasukan Tentera Ansarullah di Yaman memaklumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan ketiga peluru berpandu ke atas Israel dengan kerjasama Iran serta Hezbollah dari Lubnan.
Jurucakapnya Yahya Sarea berkata kumpulan itu melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke arah sasaran sensitif di selatan Israel.
“Tindakan musuh yang terus meningkatkan pencerobohan, jenayah dan serangan terhadap Lebanon, Iran, Iraq serta Palestin, hanya akan mendorong Yaman selaku negara bebas dan bermaruah untuk meningkatkan lagi serangan di masa hadapan.
"Sehingga segala bentuk pencerobohan dihentikan dan sekatan ditarik balik,” katanya menerusi siaran televisyen hari ini.
Namun pihak Israel sehingga kini tidak mengesahkan lokasi yang terkesan akibat serangan Ansarullah.
Ansarullah atau digelar Yaman Houthi secara rasmi menyertai sekutunya Iran dan Hezbollah menentang Israel bermula awal minggu ini.
Kumpulan tersebut turut mengawasi laluan strategik perdagangan Selat Bab Al-Mandeeb berhampiran Yaman yang kini menjadi tumpuan selepas Selat Hormuz hanya dibuka kepada negara sekutu Iran sahaja.
Untuk rekod, sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, ratusan peluru berpandu dari arah Iran dan kumpulan Hezbollah disasarkan ke beberapa bandar Israel.
Antara bandar yang menjadi sasaran ialah Tel Aviv, Haifa, Beersheba, Holon, Bat Yam, Yehud, dan kawasan sekitar Jerusalem.
Agensi Al-Jazeera melaporkan 24 warga Israel maut dan 6,239 cedera akibat serangan.
Topic Berkaitan
#Iran
#Yaman
#Yaman Houthi
#Yahya Sarea
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan