awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Anwar ke Jakarta bincang perkembangan geopolitik, kerjasama ekonomi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/03/2026
07:49 MYT
Konflik Asia Barat: Anwar ke Jakarta bincang perkembangan geopolitik, kerjasama ekonomi
Kedua-dua pemimpin dijangka mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan ketegangan selain memastikan kelangsungan laluan perdagangan dan rantaian bekalan global yang kritikal kepada kesejahteraan rakyat. - Gambar fail/Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan khas ke Jakarta, Indonesia pada Jumaat atas jemputan Presiden republik itu, Prabowo Subianto bagi membincangkan perkembangan geopolitik semasa yang semakin meruncing.

Wisma Putra memaklumkan, lawatan itu antara lain bertujuan menyelaraskan pendirian kedua-dua negara dalam menghadapi konflik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada kestabilan serantau serta ekonomi global, termasuk implikasinya kepada Malaysia dan Indonesia.

Menurut kenyataan itu, perkembangan semasa menuntut perbincangan yang menyeluruh, rapi dan bersepadu antara kedua-dua negara bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam mendepani situasi berkenaan.

"Dalam konteks itu, kedua-dua pemimpin dijangka mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan ketegangan selain memastikan kelangsungan laluan perdagangan dan rantaian bekalan global yang kritikal kepada kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Wisma Putra berkata, pertemuan berkenaan juga dijangka menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai blok serantau yang bersatu dan berprinsip.

Langkah itu menurutnya dilihat penting bagi memastikan rantau ini berupaya bertindak secara kolektif dalam memelihara keamanan, kestabilan serantau serta menjamin daya tahan ekonomi dalam suasana ketidaktentuan global.

Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Anwar Ibrahim
#konflik Asia Barat
#lawatan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan