awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS didorong sentimen lebih baik
Kabel, talian elektrik tidak boleh disentuh atau diceroboh - TNB
Sri Lanka umum kerja empat hari seminggu, sedia hadapi krisis tenaga akibat perang berpanjangan

Konflik Asia Barat: Australia tidak akan kerah tentera laut ke Selat Hormuz

Bernama
Bernama
16/03/2026
05:35 MYT
Konflik Asia Barat: Australia tidak akan kerah tentera laut ke Selat Hormuz
Selat Hormuz menjadi kebimbangan besar pasaran tenaga sejak IRGC mengumumkan penutupan selat itu kepada kebanyakan kapal susulan serangan AS-Israel ke atas negara itu yang bermula pada 28 Feb. - Gambar/ Reuters
Menteri Pengangkutan Australia Catherine King berkata pada Isnin negaranya tidak akan menghantar pasukan tentera laut ke Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi, memetik ABC Radio National.
Menjawab soalan ABC sama ada Amerika Syarikat (AS) meminta sokongan tentera laut Australia, King berkata beliau tidak tahu tentang sebarang permintaan seperti itu.
“Ia adalah sesuatu yang kami tidak bantu. Saya tidak tahu sama ada terdapat permintaan (untuk itu)," katanya.
"Kami sudah bersedia di negara ini untuk mengharungi krisis ekonomi yang berlaku akibat krisis Asia Barat, tetapi kami tidak bercadang untuk mengerah kapal (tentera laut)," katanya.
Kenyataan beliau dibuat selepas Presiden AS Donald Trump menyeru sekutu untuk membantu mengamankan Selat Hormuz, laluan perkapalan global utama yang dilalui sebahagian besar minyak dunia, menjadikannya amat penting terhadap pasaran tenaga antarabangsa.
Selat Hormuz telah menjadi pusat kebimbangan pasaran tenaga sejak Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan penutupan selat itu kepada kebanyakan kapal susulan serangan AS-Israel ke atas negara itu yang bermula pada 28 Feb.
Sebelum konflik tercetus, kira-kira 20 juta tong minyak melintasi selat itu setiap hari. Gangguan terhadap laluan air itu telah menaikkan harga minyak.
Serangan AS-Israel ke atas Iran setakat ini telah membunuh kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Selat Hormuz
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.