awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Bagher Zolqadr ganti Ali Larijani selaku Setiausaha SNSC

Astro AWANI
Astro AWANI
24/03/2026
11:09 MYT
Konflik Asia Barat: Bagher Zolqadr ganti Ali Larijani selaku Setiausaha SNSC
Pelantikan Bagher Zolqadr dibuat bagi menggantikan tokoh keselamatan utama Republik Islam, Ali Larijani, yang terkorban dalam serangan udara Israel pada 17 Mac lalu.
Bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Keselamatan Iran, Mohammad Bagher Zolqadr dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi (SNSC).
Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan tokoh keselamatan utama Republik Islam itu, Ali Larijani, yang terkorban dalam serangan udara Israel pada 17 Mac lalu.
Menerusi kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Iran, Press TV dan dikongsi dalam aplikasi telegram Iran Narratives, pelantikan tersebut telah direstui oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei dan Presiden Masoud Pezeshkian.
“Pelantikan ini dibuat pada saat yang sensitif ketika ketegangan serantau masih berlarutan, sekali gus mencerminkan kesinambungan dalam kerangka pembuatan keputusan strategik Iran,” kata kenyataan itu.
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi merupakan badan keselamatan dan pembuat keputusan tertinggi di Iran, yang bertanggungjawab menyelaras dasar keselamatan negara, strategi pertahanan serta mengurus hal ehwal kritikal negara.
Terdahulu, Bagher Zolqadr berperanan sebagai Timbalan Menteri di bawah kabinet pentadbiran bekas Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
Beliau turut menjawat sebagai Setiausaha Majlis Penilaian Kepentingan (EDC) berperanan sebagai pengimbang antara Parlimen dan Majlis Penjaga.
Pada era-80 an beliau juga pernah menjadi komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan