awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: BDR penjawat awam tertakluk dua syarat utama

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/04/2026
11:07 MYT
Konflik Asia Barat: BDR penjawat awam tertakluk dua syarat utama
Pelaksanaan BDR susulan konflik Asia Barat hanya melibatkan penjawat awam yang memenuhi dua syarat utama, termasuk lokasi bertugas dan jarak perjalanan.
Kerajaan bersetuju melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memenuhi dua syarat utama.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang disiarkan pada Khamis, pegawai dan staf terlibat perlu bertugas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor serta semua ibu negeri, dan mempunyai jarak perjalanan sehala melebihi lapan kilometer dari rumah ke pejabat.
Bagaimanapun, sektor Keselamatan dan Pertahanan, Kesihatan serta Pendidikan dikecualikan daripada pelaksanaan BDR kerana dikategorikan sebagai perkhidmatan kritikal yang perlu beroperasi secara berterusan.
JPA berkata, Pelaksanaan BDR itu diputuskan susulan konflik yang berterusan di Asia Barat, sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global.
Menurut surat edaran berkaitan, pelaksanaan ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja Dari Rumah, dengan penetapan beberapa syarat khas yang perlu dipatuhi oleh pegawai terlibat.
Bagi negeri yang Hari Kelepasan Mingguan (HKM) jatuh pada hari Ahad, JPM berkata, pelaksanaan BDR ditetapkan pada hari Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari, dan tidak dibenarkan pada hari Isnin serta Jumaat.
Sementara itu, bagi negeri yang HKM pada hari Jumaat, melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, BDR dilaksanakan pada hari Isnin hingga Rabu, dan tidak dibenarkan pada hari Ahad serta Khamis.
Sepanjang tempoh BDR, pegawai diwajibkan bekerja dari alamat rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.
Kehadiran pegawai pula perlu direkodkan melalui aplikasi SPOT-Me, yang membolehkan perekodan kehadiran menggunakan fungsi geolokasi pada peranti mudah alih.
JPA berkata, pegawai dikehendaki mendaftar masuk setiap satu jam, manakala Ketua Jabatan bertanggungjawab memantau keberadaan pegawai sepanjang waktu bekerja.
Selain itu, Ketua Jabatan perlu menetapkan sasaran kerja dan output bagi setiap pegawai yang melaksanakan BDR, serta menyemak dan mengesahkan pencapaian secara berkala bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan awam tidak terjejas.
Pelaksanaan BDR susulan konflik Asia Barat ini berkuat kuasa mulai 15 April 2026.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan