Konflik Asia Barat: Empat maut, 10 cedera dalam serangan Israel ke atas hotel di Beirut

Serangan Israel berkenaan mengenai sebuah apartmen di hotel Ramada yang terletak di pusat bandar Beirut. - Gambar fail/Reuters
Empat orang maut manakala 10 yang lain cedera pada Ahad dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah bangunan hotel di ibu negara Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian itu menyatakan bahawa serangan berkenaan mengenai sebuah apartmen di hotel Ramada yang terletak di pusat bandar Beirut.
Tiada butiran lanjut didedahkan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

