awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
26/03/2026
14:35 MYT
Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA
Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu. - Gambar fail
Gencatan senjata atau perdamaian antara Amerika Syarikat dan Iran tidak semestinya akan menyebabkan harga minyak turun mendadak kepada paras sebelum perang bermula.
Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, infrastruktur pengeluaran minyak yang terjejas akibat serangan udara di rantau Teluk Parsi merupakan antara faktor yang melambatkan pemulihan bekalan dan harga minyak global.
“Infrastruktur minyak di Iran dan beberapa Negara Teluk telah terkesan. Ini akan menyebabkan pemulihan kadar pengeluaran bahan api pada tahap sebelum perang tetap mengambil masa sehingga berbulan-bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.

Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA

Dalam temu bual sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Danial Rahim pula menjangkakan bahawa harga minyak global dengan kadar lebih AAS$100 setong yang dicatatkan ketika ini kekal sehingga hujung tahun.
"Jika kita lihat usaha-usaha rundingan yang dilaporkan, sama ada berjaya atau tidak, dan tindakan Presiden Donald Trump menyatakan tidak akan menyerang infrastruktur kritikal Iran, telah menyaksikan harga minyak Brent turun 11 peratus.
“Senario terbaik, kita akan saksikan penyederhanaan harga, tetapi pada pandangan saya harga minyak akan kekal tinggi hingga akhir tahun,” katanya.
Untuk konteks, Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran telah memaksa republik Islam itu menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan perdagangan bagi kira-kira 20 peratus bekalan minyak global.
Lanjutan itu, harga minyak mengalami lonjakan mendadak dengan minyak Brent memuncak pada kadar AS$119 setong pada 19 Mac lalu. Setakat Khamis, harga minyak mentah tersebut direkodkan pada AS$107 setong.
Situasi ini juga telah menyebabkan bekalan bahan api ke banyak negara terganggu sehingga menyebabkan negara-negara seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Filipina bertindak memperkenalkan dasar yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api; inisiatif bekerja dari rumah (BDR), mengurangkan hari bersekolah dalam seminggu dan sebagainya.

Dialog Tiga Penjuru: Perang Dunia Ketiga, Perang Ekonomi?

Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Israel
#Iran
#bahan api
#minyak
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan