awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Hampir 20 peratus stesen minyak di Perancis terjejas

Bernama
Bernama
07/04/2026
04:14 MYT
Konflik Asia Barat: Hampir 20 peratus stesen minyak di Perancis terjejas
Lebih 1,000 stesen minyak di Perancis berdepan kekurangan petrol 95-okthana atau diesel. - Gambar/ Reuters
Hampir satu daripada lima stesen minyak di Perancis kini mengalami kekurangan sekurang-kurangnya satu jenis bahan api susulan konflik berterusan di Asia Barat, menurut BFMTV pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Kerajaan pada Jumaat menganggarkan bahawa 12 peratus stesen minyak di seluruh Perancis kini mengalami kekurangan satu atau lebih jenis bahan api.
Setakat pagi Isnin, jumlah itu meningkat kepada 18 peratus.
Radio RMC melaporkan bahawa lebih 1,000 stesen minyak di Perancis berdepan kekurangan petrol 95-okthana atau diesel.
Pada 12 Mac, BFMTV melaporkan bahawa Kementerian Ekonomi Perancis memutuskan untuk tidak mengenakan kawalan harga bahan api di tengah-tengah konflik Asia Barat yang semakin meningkat.
Selepas mesyuarat peringkat menteri, ia mengumumkan bahawa beberapa syarikat bahan api akan mengehadkan harga jualan di stesen minyak.
Pada 30 Mac, akhbar Le Figaro melaporkan bahawa harga diesel di Perancis mencapai paras tertinggi sejak 1985, menghampiri 2.2 euro (US$2.5) seliter.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#Perancis
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan