awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Harga diesel di Singapura melepasi RM12.90 seliter

Bernama
Bernama
31/03/2026
03:32 MYT
Konflik Asia Barat: Harga diesel di Singapura melepasi RM12.90 seliter
Ini merupakan harga diesel tertinggi pernah direkodkan di republik itu susulan gangguan bekalan minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat. - Gambar fail
Harga diesel di Singapura melonjak melepasi paras ambang S$4 (RM12.52) pada Isnin, mencecah S$4.13 (RM12.92) seliter bagi kebanyakan peruncit bahan api di republik itu.
Ini merupakan harga diesel tertinggi pernah direkodkan di republik itu susulan gangguan bekalan minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.
Menurut laman sesawang pemantauan harga bahan api motorist.sg, harga diesel berada antara S$3.73 (RM11.67) dan S$3.93 (RM12.30) seliter pada 27 Mac lepas sebelum meningkat kepada antara S$3.72 (RM11.64) dan S$4.13 (RM12.92) pada Isnin.
Sementara itu, harga RON95 kekal stabil di seluruh republik itu dalam lingkungan antara S$3.30 (RM10.33) dan S$3.42 (10.70) seliter sejak beberapa hari lalu apabila minyak mentah Brent menunjukkan trend sedikit menurun.
Pada 10 pagi Selasa, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 1.19 peratus kepada US$111.4 setong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#harga diesel
#harga minyak
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan