awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketidakstabilan kewangan global meningkat susulan konflik Asia Barat - IMF
Konflik Asia Barat: Laluan maritim terus beroperasi di Selat Hormuz walaupun AS laksanakan sekatan - Data
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Harga gas naik 70 peratus, EU buru penyelesaian sebelum musim sejuk

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
10:14 MYT
Konflik Asia Barat: Harga gas naik 70 peratus, EU buru penyelesaian sebelum musim sejuk
Dokumen tersebut meminta menteri-menteri tenaga mengemukakan langkah konkrit bagi menangani kekangan pasaran secara bersepadu, termasuk mengelak tindakan unilateral yang boleh menghantar isyarat bercanggah kepada pasaran, menurut petikan dokumen itu. -Gam
Menteri-menteri tenaga Kesatuan Eropah (EU) dijadual mengadakan rundingan tergempar esok bagi menyelaras tindak balas terhadap gangguan pasaran minyak dan gas global susulan konflik berlarutan di Asia Barat.
Langkah itu diambil selepas dokumen taklimat dalaman EU mendedahkan bahawa blok tersebut kini berdepan risiko lonjakan harga tenaga yang melampau berikutan penutupan penuh Selat Hormuz, laluan penting yang membawa hampir satu perlima bekalan minyak dan gas dunia.
Sejak perang membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran tercetus pada 28 Februari lalu, harga gas Eropah telah melonjak lebih 70 peratus, manakala harga minyak global melepasi paras AS$116 setong, memberi tekanan besar kepada pasaran tenaga serantau.
Dokumen tersebut meminta menteri-menteri tenaga mengemukakan langkah konkrit bagi menangani kekangan pasaran secara bersepadu, termasuk mengelak tindakan unilateral yang boleh menghantar isyarat bercanggah kepada pasaran, menurut petikan dokumen itu.
Tumpuan utama mesyuarat itu ialah memastikan pengisian storan gas dilakukan segera sebelum musim sejuk, serta menstabilkan pasaran produk petroleum bagi mengurangkan risiko inflasi tenaga yang berpanjangan.
Penganalisis tenaga berpendapat kebergantungan EU terhadap import tenaga luar menjadikan koordinasi pusat sebagai langkah penting untuk mengelakkan krisis ekonomi yang lebih parah, memandangkan tahap simpanan gas semasa di EU kini hanya sekitar 29 peratus, malah serendah 9 peratus di beberapa negara anggota.
Sebelum ini, beberapa negara EU dilaporkan sudah mula melaksanakan bentuk catuan tenaga tidak rasmi untuk memastikan sektor industri kekal beroperasi meskipun menghadapi kekurangan bekalan yang serius akibat krisis di Selat Hormuz.
Topic Berkaitan
#EU
#krisis tenaga
#Selat Hormuz
#harga gas Eropah
#minyak global
#konflik Asia Barat
#simpanan gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan