awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Harga minyak mentah melonjak, lepasi AS$100 setong

Astro AWANI
Astro AWANI
08/03/2026
22:57 MYT
Konflik Asia Barat: Harga minyak mentah melonjak, lepasi AS$100 setong
Harga minyak mentah melonjak melepasi paras 100 dolar Amerika setong pada awal pagi ini selepas beberapa pengeluar utama di Asia Barat mengurangkan pengeluaran susulan penutupan berterusan Selat Hormuz akibat konflik Iran–Amerika–Israel. - Gambar hiasan
HARGA minyak mentah melonjak melepasi paras 100 dolar Amerika setong pada awal pagi ini selepas beberapa pengeluar utama di Asia Barat mengurangkan pengeluaran susulan penutupan berterusan Selat Hormuz akibat konflik Iran–Amerika–Israel.
Pada 6.12 pagi (waktu Malaysia), penanda aras AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat 18.98 peratus, atau AS$17.25, kepada AS$108.15 setong.
Penanda aras global Brent pula naik 16.19 peratus, atau AS$15.01, kepada AS$107.70 setong.
Minggu lalu, harga WTI melonjak hampir 35 peratus, kenaikan mingguan terbesar sejak dagangan hadapan bermula pada 1983.
Kenaikan harga melepasi paras AS$100 setong kali terakhir berlaku pada awal 2022 berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Menurut laporan media antarabangsa, Kuwait, pengeluar kelima terbesar dalam OPEC, mengumumkan pada Sabtu pengurangan pengeluaran minyak dan penyulingannya sebagai langkah berjaga-jaga susulan “ancaman Iran terhadap keselamatan laluan kapal di Selat Hormuz.”
Bagaimanapun, Kuwait Petroleum Corporation tidak menjelaskan jumlah pengurangan tersebut.
Iraq, pengeluar kedua terbesar dalam OPEC, turut berdepan penyusutan drastik.
Pengeluaran daripada tiga medan minyak utama di selatan negara itu dilapor merosot 70 peratus kepada 1.3 juta tong sehari, berbanding 4.3 juta tong sebelum tercetusnya konflik semasa, menurut tiga pegawai industri kepada Reuters.
Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu memaklumkan sedang “menguruskan tahap pengeluaran luar pesisir dengan teliti” bagi memenuhi keperluan penyimpanan minyak, walaupun operasi daratan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dilaporkan masih berjalan seperti biasa.
Negara-negara Teluk mengambil langkah mengurangkan output kerana kapasiti penyimpanan semakin terhad.
Penutupan Selat Hormuz menyebabkan lambakan minyak mentah tanpa destinasi, manakala kapal tangki enggan melalui laluan tersebut kerana risiko serangan Iran.
Sekitar 20 peratus penggunaan minyak dunia dibekalkan melalui selat berkenaan.
Konflik di rantau itu terus berlarutan meskipun Presiden AS Donald Trump mendakwa perang tersebut “telah dimenangi.”
Sementara itu, Setiausaha Tenaga AS Chris Wright berkata aliran trafik di Selat Hormuz akan kembali pulih selepas Amerika Syarikat berjaya mengekang keupayaan Iran mengancam kapal-kapal dagang.
“Kita tidak jauh daripada melihat penyambungan trafik kapal secara lebih tetap di Selat Hormuz,” katanya.
“Ketika ini masih jauh daripada paras normal, tetapi dalam senario paling buruk pun, pemulihan penuh hanya mengambil masa beberapa minggu, bukan berbulan," katanya kepada CNN.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#harga minyak
#penutupan Selat Hormuz
#Perang Iran-Israel 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan