awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Hotel di Dubai diserang dron kamikaze sasar kehadiran AS - Iran

Bernama
Bernama
28/03/2026
04:51 MYT
Konflik Asia Barat: Hotel di Dubai diserang dron kamikaze sasar kehadiran AS - Iran
Iran membalas serangan AS dan Israel ke atas wilayahnya dengan gelombang serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk. - Gambar fail/Reuters
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata pada Sabtu sebuah hotel di Dubai diserang oleh kenderaan udara tanpa pemandu kamikaze dalam operasi yang menyasarkan elemen Amerika Syarikat (AS) di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Media separuh rasmi Agensi Berita Tesnim menerbitkan kenyataan mengenai gelombang ke-84 operasi "True Promise-4”.
Sebuah hotel di Dubai diserang dron kamikaze manakala enam kapal pendaratan AS (jenis LCU) di Pelabuhan Shuwaikh di Kuwait turut menjadi sasaran, menurut kenyataan itu.
Ia mendakwa tiga daripada kapal berkenaan karam dan baki tiga lagi rosak teruk dalam serangan itu, yang dikatakan melibatkan peluru berpandu Qadir 380 dengan jarak 1,000 kilometer (621 batu).
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata pada Khamis, tentera AS di negara-negara Teluk telah meninggalkan pangkalan mereka dan tinggal di hotel justeru menggesa hotel supaya tidak menempatkan askar.
Iran membalas serangan AS dan Israel ke atas wilayahnya dengan gelombang serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.
Konflik menyebabkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#IRGC
#hotel
#Dubai
#tentera AS
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan