awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: IEA pertimbang pelepasan tambahan rizab minyak tangani krisis tenaga global

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
08:18 MYT
Konflik Asia Barat: IEA pertimbang pelepasan tambahan rizab minyak tangani krisis tenaga global
Fatih Birol (foto) berkata agensi itu sedia bertindak jika keadaan memerlukan, khususnya selepas penutupan separa Selat Hormuz yang menjejaskan aliran perkapalan komersial serta rantaian bekalan minyak mentah antarabangsa. -Gambar fail/Reuters
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan kesediaan untuk melepaskan lebih banyak rizab minyak kecemasan bagi menangani lonjakan harga tenaga global susulan gangguan bekalan akibat konflik di Asia Barat.
Ketua Pengarah IEA, Fatih Birol, berkata agensi itu sedia bertindak jika keadaan memerlukan, khususnya selepas penutupan separa Selat Hormuz yang menjejaskan aliran perkapalan komersial serta rantaian bekalan minyak mentah antarabangsa.
“Sebanyak 80 peratus daripada stok simpanan kami masih tersedia. Jika dan apabila perlu, kami bersedia untuk bergerak ke hadapan,” tegas Birol sambil memberi amaran bahawa dunia kini berdepan ancaman keselamatan tenaga yang amat serius.
Kenyataan itu dibuat di Tokyo selepas Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, meminta IEA bersiap sedia untuk fasa kedua pelepasan stok kecemasan, sejajar dengan usaha negara itu memastikan kestabilan bekalan tenaga domestik.
Jepun sebelum ini juga mengumumkan kesediaan melepaskan sebahagian daripada rizab minyaknya.
Terdahulu, IEA yang berpangkalan di Paris telah mengumumkan pelepasan 400 juta tong minyak daripada simpanan kecemasan negara anggota, iaitu jumlah terbesar pernah direkodkan dalam sejarah penubuhannya.
Pelepasan itu bertujuan menampung kekurangan bekalan global berikutan gangguan teruk di Selat Hormuz.
Topic Berkaitan
#IEA
#Fatih Birol
#Jepun
#Sanae Takaichi
#Selat Hormuz
#krisis tenaga
#Rizab minyak
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan