awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terkini Piala Dunia: Malaysia diundi dalam kumpulan maut!
UMNO buka pintu terima semula ahli, perkukuh parti
Richard Scully tegur tentang kejahilan perkara kecil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Indonesia gantung sementara penerbangan antarabangsa

Bernama
Bernama
17/03/2026
12:31 MYT
Konflik Asia Barat: Indonesia gantung sementara penerbangan antarabangsa
Indonesia menggantung sementara semua penerbangan antarabangsa ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. - Gambar fail
Indonesia menggantung sementara semua penerbangan antarabangsa ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.
Menteri Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata semua rancangan perjalanan udara antarabangsa kini ditangguhkan berikutan keputusan kerajaan itu.
“Semua ditangguhkan. Ditangguhkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan Program Keutamaan Presiden pada Selasa, lapor Agensi Berita ANTARA.
Beliau berkata kerajaan masih belum menetapkan tarikh operasi penerbangan akan disambung semula, sambil menyatakan bahawa penggantungan itu akan kekal berkuat kuasa sehingga keadaan dianggap selamat untuk syarikat penerbangan nasional dan antarabangsa.
Prasetyo menjelaskan langkah itu adalah tindak balas langsung terhadap situasi keselamatan yang semakin buruk di Iran, sambil menambah bahawa keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan rakyat Indonesia.
Beliau juga berkata tindakan berkenaan bertujuan mencegah potensi risiko maut yang berpunca daripada ketegangan geopolitik di sepanjang laluan penerbangan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#penerbangan
#gantung
# Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan