awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terkini Piala Dunia: Malaysia diundi dalam kumpulan maut!
UMNO buka pintu terima semula ahli, perkukuh parti
Richard Scully tegur tentang kejahilan perkara kecil

UMNO buka pintu terima semula ahli, perkukuh parti

Bernama
Bernama
17/03/2026
14:20 MYT
UMNO buka pintu terima semula ahli, perkukuh parti
Ahmad berkata, usaha itu juga bertujuan memastikan UMNO terus relevan bukan hanya ketika musim pilihan raya tetapi sepanjang masa. - Gambar fail
Inisiatif “Rumah Bangsa” oleh UMNO dilihat sebagai pendekatan luar biasa bagi memperkukuh parti itu di Semenanjung dan Sabah, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata usaha itu juga bertujuan memastikan UMNO terus relevan bukan hanya ketika musim pilihan raya tetapi sepanjang masa.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menguruskan permohonan termasuk daripada pemimpin yang telah dipecat atau keluar parti untuk menyertai semula UMNO.
“Pendekatan kami adalah untuk ‘memaafkan dan melupakan’. Ketika ada parti lain mengambil tindakan memecat ahli, kami pula membuka ruang untuk menerima mereka kembali,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sarawak di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata beberapa tokoh telah menunjukkan minat untuk kembali menyertai UMNO dan pengumuman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid sebelum ini berkata inisiatif “Rumah Bangsa” terbuka kepada semua tanpa mengenakan sebarang syarat, termasuk bekas pemimpin UMNO.
Dua bekas pemimpin kanan UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaludin dilaporkan telah mengemukakan surat permohonan untuk kembali menyertai parti itu, yang disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki menerusi hantaran di Facebook semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#keahlian
#DATUK SERI DR AHMAD MASLAN
#pecat COO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.