awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: 'Iran akan diserang dengan lebih hebat!' - Trump

Agensi
Agensi
07/03/2026
18:46 MYT
Konflik Asia Barat: 'Iran akan diserang dengan lebih hebat!' - Trump
Pemimpin AS itu dalam hantaran tersebut turut mengancam untuk meluaskan serangan bagi merangkumi sasaran baharu. - Foto fail/AP
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu memberi amaran dalam satu hantaran media sosial bahawa lebih ramai pegawai Iran akan menjadi sasaran dalam peperangan, sambil berkata: “Hari ini Iran akan diserang dengan lebih hebat!”
“ Iran, yang kini sedang dibelasah teruk, telah meminta maaf dan menyerah kepada negara‑negara jirannya di Asia Barat, serta berjanji bahawa ia tidak akan menembak mereka lagi. Janji ini hanya dibuat disebabkan serangan berterusan oleh AS dan Israel,” kata Trump lagi.
Pemimpin AS itu dalam hantaran tersebut turut mengancam untuk meluaskan serangan bagi merangkumi sasaran baharu.
“Dalam pertimbangan serius untuk dimusnahkan sepenuhnya dan dihukum mati, disebabkan kelakuan buruk Iran, adalah kawasan dan kumpulan manusia yang sebelum ini tidak pernah dipertimbangkan sebagai sasaran sehingga saat ini,” tulis Trump di akaun Truth Social miliknya.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian sebelum itu telah meminta maaf atas serangan Iran terhadap negara‑negara serantau, menegaskan bahawa Tehran akan menghentikannya dan mencadangkan bahawa tindakan tersebut berlaku akibat salah komunikasi dalam kalangan kepimpinan.
Pezeshkian berkata, majlis kepimpinan sementara negara itu telah meluluskan penggantungan serangan terhadap negara‑negara jiran kecuali jika serangan terhadap Iran datang dari negara‑negara tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#AS serang Iran
#amaran Donald Trump
#Presiden Masoud Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan