awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran kecam PBB gagal bertindak terhadap pembunuhan berprofil tinggi

Astro AWANI
Astro AWANI
19/03/2026
09:49 MYT
Konflik Asia Barat: Iran kecam PBB gagal bertindak terhadap pembunuhan berprofil tinggi
Amir Saeid Iravani (foto) mengemukakan bantahan rasmi menerusi sepucuk surat yang mendakwa sikap tidak berpendirian badan antarabangsa tersebut hanya akan menggalakkan lagi tindakan agresif Israel. -Gambar fail
Iran membidas kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didakwa berdiam diri terhadap siri pembunuhan berprofil tinggi melibatkan pegawai kanan keselamatan dan perisikan republik itu, awal pagi tadi.
Duta Besar Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani, mengemukakan bantahan rasmi menerusi sepucuk surat yang mendakwa sikap tidak berpendirian badan antarabangsa tersebut hanya akan menggalakkan lagi tindakan agresif Israel.
Menurut agensi berita Mehr, Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa ketiadaan tindakan tegas terhadap serangan bersasar itu boleh menjadikan amalan pembunuhan pemimpin negara sebagai satu norma berbahaya dalam hubungan antarabangsa.
“Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa sebarang kawalan, siri pembunuhan ini boleh menjadi satu kebiasaan dan akan merebak ke negara-negara lain pada masa hadapan,” kata Amir Saeid Iravani dalam surat tersebut.
Beliau menambah bahawa kegagalan Majlis Keselamatan menangani isu berkaitan kedaulatan wilayah Iran hanya akan memburukkan keadaan keselamatan di Asia Barat yang kini sudah berada pada tahap kritikal.
Bantahan itu dibuat selepas Iran mengesahkan kematian Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Ali Larijani, serta Komander Basij, Gholamreza Soleimani, dalam serangan udara Israel di Tehran pada Isnin.
Selain itu, Menteri Pertahanan Israel turut mendakwa bahawa Menteri Perisikan Iran, Esmail Khatib, turut terkorban dalam operasi susulan malam tadi.
Tehran secara konsisten menuntut Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah perlu bagi menghentikan apa yang disifatkan sebagai siri pembunuhan oleh pakatan Amerika Syarikat dan Israel sejak konflik bermula pada 28 Feb lalu.
Sehingga kini, Majlis Keselamatan masih belum mengeluarkan sebarang resolusi atau kenyataan rasmi berhubung dakwaan pembunuhan terbaharu ini, ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak dengan ancaman serangan balas daripada Iran.
Topic Berkaitan
#Iran
#PBB
#Ali Larijani
#gholamreza soleimani
#Esmail Khatib
#Israel
#Asia Barat
#Konflik Iran-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan