Konflik Asia Barat: Iran nafi dakwaan Trump uranium akan dipindahkan ke AS

Esmaeil Baghaei menegaskan, dakwaan Presiden Trump tersebut tidak berasas dan bercanggah sepenuhnya dengan pendirian rasmi Iran. - Gambar X
Iran menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Tehran telah bersetuju untuk memindahkan stok uranium yang diperkaya ke Amerika Syarikat.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei menegaskan, dakwaan tersebut tidak berasas dan bercanggah sepenuhnya dengan pendirian rasmi negara itu.
“Uranium yang diperkaya adalah sama sucinya bagi kami seperti tanah Iran sendiri dan tidak akan dipindahkan ke mana-mana dalam apa jua keadaan,” katanya seperti dipetik oleh agensi berita Tasnim.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan Trump yang mendakwa wujud persetujuan antara Washington dan Tehran berkaitan pemindahan bahan nuklear Iran.
Iran sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan aman serta berada di bawah kedaulatan penuh negara itu. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

