PBB sambut baik langkah Iran buka Selat Hormuz ketika gencatan

Guterres menyambut baik pengumuman Iran bahawa Selat Hormuz akan "terbuka sepenuhnya" untuk semua kapal komersial dalam baki tempoh gencatan senjata. - Gambar fail Reuters
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat menyambut baik pengumuman Iran bahawa Selat Hormuz akan "terbuka sepenuhnya" untuk semua kapal komersial dalam baki tempoh gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi.
"Ini adalah satu langkah yang tepat,” kata ketua PBB itu dalam kenyataan.
"Pendirian PBB tetap jelas, kita memerlukan pemulihan penuh hak dan kebebasan pelayaran antarabangsa di Selat Hormuz dihormati oleh semua orang," kata Guterres.
Guterres juga menyatakan harapan bahawa keputusan itu digabungkan dengan gencatan senjata, akan membantu membina keyakinan antara pihak-pihak terlibat dan mengukuhkan usaha diplomatik berterusan yang dipermudah cara oleh Pakistan.
Jurucakap beliau, Stephane Dujarric, memberitahu pemberita, Guterres tetap "menyokong sepenuhnya" usaha diplomatik untuk mencari penyelesaian damai konflik semasa di Asia Barat.
Kenyataan Guterres itu dibuat selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Jumaat mengisytiharkan Selat Hormuz "terbuka sepenuhnya" untuk semua kapal komersial, mengaitkannya dengan gencatan senjata di Lubnan.
Pada Khamis, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

