awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid
Malaysia kekal pendirian bebas, berani nyata kebenaran di peringkat global - Anwar
MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Ipoh

Bernama
Bernama
18/04/2026
03:17 MYT
Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Ipoh
Kejadian dipercayai berlaku pada 12.51 tengah hari semalam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kejadian dipercayai berlaku pada 12.51 tengah hari berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran dan jenis yang tidak dapat dikenal pasti dengan jelas telah mengambil pakaian dalam di rumah itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran.
Semalam, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kelibat lelaki mengambil pakaian dalam disidai di luar sebuah rumah tular di Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Ipoh
#curi baju dalam
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan