awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembahagian kerusi PRN, PRU diteliti semula, libatkan Friends of BN - Ahmad Zahid
PETRONAS boleh runding dengan Rusia untuk perolehan minyak - PM Anwar
Pemukiman khas tangani jenayah dalam talian secara bersepadu akan diadakan - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/04/2026
05:06 MYT
MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, perkara itu turut dinafikan kepimpinan MIC. - Gambar fail
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan MIC masih kekal sebagai parti komponen dalam gabungan itu dan tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan rasmi untuk keluar daripada BN.
Menurutnya, meskipun timbul isu berkaitan surat yang didakwa dihantar kepada Perikatan Nasional (PN), perkara itu dinafikan kepimpinan parti berkenaan.
“Setakat ini, mereka masih merupakan anggota dalam Barisan Nasional dan tidak pernah menyatakan secara rasmi untuk keluar daripada gabungan ini.
“Walaupun ada surat yang didakwa telah dihantar kepada Perikatan Nasional, namun mereka sendiri menafikan pernah membuat permohonan sedemikian, walaupun terdapat dokumen yang memperlihatkan seolah-olah perkara itu berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu mengulas kedudukan MIC dalam BN susulan spekulasi mengenai hubungan parti itu dengan gabungan lain.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, pihaknya akan menyerahkan surat rasmi kepada MIC bagi memaklumkan penerimaan parti itu sebagai parti anggota dalam gabungan berkenaan.
Jelasnya, setakat ini PN mempunyai empat parti anggota iaitu Bersatu, Pas, Gerakan dan Parti India Malaysia (MIPP) dan sekiranya MIC menyertai gabungan itu, jumlah parti anggota akan meningkat kepada lima.
Malah kata beliau, PN menawarkan peranan dan kedudukan yang lebih baik kepada MIC sekiranya parti itu menyertai gabungan berkenaan sebagai parti anggota.
Berhubung perkara itu, Naib Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menafikan parti itu secara rasmi telah menyertai PN.
Menurut beliau, MIC tidak pernah membuat permohonan rasmi untuk menyertai PN, selain tidak pernah memuktamadkan sama ada mahu meninggalkan atau setia bersama BN.
Topic Berkaitan
#BN
#MIC
#Zahid Hamidi
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan