awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembahagian kerusi PRN, PRU diteliti semula, libatkan Friends of BN - Ahmad Zahid
PETRONAS boleh runding dengan Rusia untuk perolehan minyak - PM Anwar
Pemukiman khas tangani jenayah dalam talian secara bersepadu akan diadakan - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/04/2026
05:16 MYT
Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berucap sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka akan datang adalah pendapat peribadi dan bukannya pendirian atau keputusan BN.
“Itu adalah pandangan pribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun Barisan Nasional,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu.
Ahmad Maslan dilaporkan mencadangkan supaya PRN Johor dan Melaka yang dijangka berlangsung tahun ini ditangguhkan berikutan ketidaktentuan ekonomi susulan krisis geopolitik di Asia Barat.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pejabat Jurutera Daerah Kulai, Johor pada Isnin lalu.
Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu, situasi semasa memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat, termasuk melibatkan kenaikan harga bahan api dan barangan keperluan.
PRN Melaka dijadualkan tamat mandat pada November ini manakala PRN Johor pula tamat mandat pada tahun depan.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#PRN Melaka
#Zahid Hamidi
#tangguh PRN
#Ahmad Maslan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan