awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat
Guru besar ditahan bantu siasatan pukul murid tahun satu sehingga cedera
Bazar Jalan TAR jadi tumpuan orang ramai menjelang Syawal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu konflik dengan negara Islam - Duta

Bernama
Bernama
14/03/2026
09:01 MYT
Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu konflik dengan negara Islam - Duta
Jalali berkata Tehran berulang kali memberi amaran bahawa ia akan bertindak balas terhadap serangan yang datang dari wilayah negara Asia Barat. - Gambar fail/Bernama

Iran menegaskan tidak mahu berkonflik dengan negara Islam di Asia Barat walaupun berdepan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata Duta Iran ke Moscow, Kazem Jalali, dalam satu temu bual, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami tidak berniat menjejaskan negara di rantau ini. Kami menganggap negara Islam di rantau ini sebagai rakan kami, dan kami sama sekali tidak mahu membuka konflik baharu dengan mereka,” kata Jalali.

Sebelum ini, Pemimpin Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei, dalam ucapan pertamanya berkata Tehran mungkin akan memperluas konfrontasi dengan AS dan Israel sekiranya ketegangan di rantau ini berterusan.

Jalali berkata Tehran berulang kali memberi amaran bahawa ia akan bertindak balas terhadap serangan yang datang dari wilayah negara Asia Barat dan maklumat ini telah disampaikan bukan sahaja secara terbuka tetapi juga melalui saluran diplomatik kepada negara jiran.

“Saya percaya ini tindakan yang rasional kerana kami tidak boleh membenarkan pangkalan di negara lain digunakan untuk menyerang dan membunuh rakyat kami. Namun, kami pasti tidak mahu berperang dengan negara jiran; kami ingin hidup aman dan tenteram,” kata duta itu.

Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang mengakibatkan kemusnahan dan korban awam. Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.

AS dan Israel pada awalnya mendakwa serangan “permulaan” mereka diperlukan untuk menangkis ancaman program nuklear Iran, tetapi kemudian menegaskan mereka mahu melihat perubahan kuasa di Iran.

Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, dilaporkan terbunuh pada hari pertama operasi ketenteraan. Republik Islam mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari. Pada 8 Mac, anaknya Mojtaba dilantik sebagai pengganti, walaupun belum muncul di khalayak.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, berkata Pemimpin Agung baharu itu cedera tetapi berada dalam keadaan baik.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Topic Berkaitan
#Iran
#negara Islam
#Asia Barat
#konflik
#AS
#Israel
#Duta Kazem Jalali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan