awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy, CEO badan berkanun direman 5 hari
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: IRGC nafi lancar peluru berpandu semasa gencatan senjata

Astro AWANI
Astro AWANI
09/04/2026
22:35 MYT
Konflik Asia Barat: IRGC nafi lancar peluru berpandu semasa gencatan senjata
IRGC turut menambah bahawa angkatan bersenjata Iran tidak akan menyembunyikan sebarang tindakan ketenteraan. - Foto fail/REUTERS
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menafikan pihaknya melancarkan sebarang serangan peluru berpandu sepanjang tempoh gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa.
Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Fars, IRGC menegaskan bahawa angkatan bersenjata Iran “tidak melancarkan sebarang peluru berpandu ke mana-mana negara sepanjang jam gencatan senjata setakat ini”.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap laporan media yang mendakwa sebuah dron telah menyebabkan kerosakan di sebuah kemudahan Pengawal Kebangsaan Kuwait.
“Jika laporan yang disiarkan media itu benar, ia sudah pasti merupakan tindakan musuh Zionis atau Amerika,” menurut kenyataan IRGC berkenaan.
IRGC turut menambah bahawa angkatan bersenjata Iran tidak akan menyembunyikan sebarang tindakan ketenteraan dan akan “mengumumkannya secara terbuka” melalui kenyataan rasmi sekiranya mereka benar-benar menyerang mana-mana sasaran.
Setakat ini, tiada pengesahan bebas berhubung punca insiden di kemudahan Pengawal Kebangsaan Kuwait, manakala pihak berkuasa Kuwait belum mengeluarkan kenyataan rasmi lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#IRGC
#gencatan senjata
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan