awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: AS-Israel bedil kompleks keluli strategik Iran di Isfahan

Astro AWANI
Astro AWANI
01/04/2026
11:12 MYT
Konflik Asia Barat: AS-Israel bedil kompleks keluli strategik Iran di Isfahan
Serangan itu menyebabkan kerosakan ketara pada unit pengeluaran Mobarakeh Steel Company di wilayah Isfahan, yang merupakan antara pengeluar keluli terbesar dan terpenting dalam ekonomi Iran. -Foto Reuters
Serangan udara besar-besaran oleh Amerika Syarikat dan Israel dilapor menyasarkan beberapa kompleks industri keluli strategik di bahagian tengah dan barat daya Iran, awal hari ini.
Menurut agensi berita Fars, serangan itu menyebabkan kerosakan ketara pada unit pengeluaran Mobarakeh Steel Company di wilayah Isfahan, yang merupakan antara pengeluar keluli terbesar dan terpenting dalam ekonomi Iran.
Serangan berasingan turut menjejaskan fasiliti keluli di wilayah Khuzestan, dengan laporan Xinhua menyatakan infrastruktur seperti pencawang elektrik dan barisan pengeluaran keluli aloi turut terkesan.
Anak syarikat Mobarakeh, Sefid Dasht Steel di wilayah Chaharmahal dan Bakhtiari, juga dilaporkan mengalami kerosakan berdasarkan maklumat pihak industri.
Kompleks Mobarakeh sebelum ini pernah disasar dalam serangan pada 27 Mac, bersama kilang Khuzestan Steel, ketika konflik antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel semakin memuncak.
Keluli merupakan komponen kritikal dalam rantaian industri dan pertahanan Iran, termasuk pembuatan peluru berpandu, dron dan kapal perang.
Serangan terhadap sektor berkenaan dilihat sebagai usaha melumpuhkan kapasiti industri strategik negara itu.
Pihak berkuasa Iran kini sedang menilai tahap kerosakan keseluruhan terhadap fasiliti terbabit serta impaknya kepada pengeluaran keluli nasional.
Setakat ini, Washington dan Tel Aviv belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai siri serangan terbaharu itu.
Topic Berkaitan
#Iran
#Isfahan
#Mobarakeh Steel
#Khuzestan Steel
#serangan udara
#Amerika Syarikat
#Israel
#industri keluli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan