awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Israel sedia luaskan serangan darat, udara terhadap Hezbollah di Lubnan

Astro AWANI
Astro AWANI
22/03/2026
22:10 MYT
Konflik Asia Barat: Israel sedia luaskan serangan darat, udara terhadap Hezbollah di Lubnan
Asap dan api menjulang dari serangan udara Israel yang mengenai Jambatan Qasmiyeh berhampiran bandar pantai Tyre, Lubnan. - Foto AP
ISRAEL dilaporkan telah meluluskan rancangan untuk memperluaskan operasi ketenteraan darat dan udara terhadap kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa satu pencerobohan berskala besar mungkin sedang dirancang.
Langkah ini diambil ketika konflik semakin memuncak berikutan serangan roket oleh Hezbollah ke arah wilayah utara Israel awal bulan ini, di tengah-tengah perang berterusan antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lebih daripada 1,000 orang telah terbunuh sejak peningkatan ketegangan ini, termasuk sekurang-kurangnya 118 kanak-kanak dan 40 petugas kesihatan.
Lebih sejuta penduduk turut berpindah, mencetuskan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan besar.
Tentera Israel menyatakan bahawa Ketua Turus, Lt Jen Eyal Zamir, telah meluluskan rancangan untuk “memajukan operasi darat dan serangan yang disasarkan” terhadap Hezbollah, dan operasi ini dijangka berlanjutan dalam tempoh panjang.
Tujuan utama Israel ialah melindungi komuniti di utara negara itu daripada ancaman serangan kumpulan tersebut.
Sebelum itu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, turut mengarahkan agar jambatan-jambatan yang merentasi Sungai Litani dimusnahkan kerana didakwa digunakan Hezbollah untuk menghantar bala tentera.
Serangan udara Israel kemudian merosakkan Jambatan Qasmiye, salah satu laluan utama menghubungkan selatan ke bahagian tengah Lubnan berhampiran bandar pantai Tyre.
Sungai Litani terletak kira-kira 30km dari sempadan Lubnan-Israel, dan jambatan-jambatan tersebut juga menjadi laluan penting bagi kegunaan orang awam.
Tindakan ini meningkatkan kebimbangan rakyat Lubnan bahawa Israel mahu mengasingkan kawasan selatan, pusat komuniti Syiah dan kubu kuat Hezbollah, sebelum melancarkan operasi untuk menduduki wilayah tertentu dan mewujudkan zon penampan.
Presiden Lubnan, Joseph Aoun, mengecam serangan Israel sebagai “permulaan kepada pencerobohan darat” yang disifatkannya sebagai “hukuman kolektif terhadap orang awam”.
Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan itu mungkin sebahagian daripada usaha Israel memperluaskan penguasaannya dalam wilayah Lubnan.
Menteri Pertahanan Israel, Katz, juga mengesahkan bahawa tentera telah diarahkan merobohkan rumah-rumah di kampung Lubnan berhampiran sempadan bagi menyingkirkan ancaman terhadap komuniti Israel.
Kaedah ini menyerupai taktik yang digunakan di Gaza, di mana bangunan dimusnahkan dan penduduk dipaksa mengosongkan kawasan bagi mewujudkan zon keselamatan.
Peningkatan konflik terkini bermula apabila Hezbollah melancarkan roket sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Ini berlaku walaupun wujud gencatan senjata yang dipersetujui pada November 2024, yang didakwa Lubnan sering dicabuli oleh Israel melalui serangan hampir setiap hari.
Kerajaan Lubnan sebelum ini bersetuju untuk melucutkan senjata Hezbollah, namun kumpulan itu enggan membincangkan masa depan persenjataannya.
Presiden Aoun turut menolak penggunaan kekerasan bagi menangani Hezbollah, dengan mengatakan bahawa tindakan sedemikian hanya akan memburukkan perpecahan sektarian dan mencetuskan keganasan.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Israel
#lubnan
#Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan