awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Itali tidak benar pesawat pengebom AS mendarat

Agensi
Agensi
31/03/2026
09:57 MYT
Konflik Asia Barat: Itali tidak benar pesawat pengebom AS mendarat
Menurut laporan akhbar tempatan, Corriere della Sera hari ini, beberapa pesawat berkenaan dijadual mendarat sebelum meneruskan penerbangan ke rantau Asia Barat. - Gambar fail/ Reuters
Itali dilaporkan menolak permohonan pesawat pengebom tentera Amerika Syarikat untuk mendarat di pangkalan udara Sigonella di Sicily.
Menurut laporan akhbar tempatan, Corriere della Sera hari ini, beberapa pesawat berkenaan dijadual mendarat sebelum meneruskan penerbangan ke rantau Asia Barat.
Laporan itu, yang turut memetik sumber, mengesahkan perkara berkenaan namun tidak memperincikan jumlah pesawat terlibat serta waktu permohonan tersebut ditolak.
Tambahnya, keputusan tersebut dibuat atas alasan pihak Amerika Syarikat didakwa tidak memohon kelulusan rasmi.
Keputusan itu dibuat kerana pihak Amerika Syarikat didakwa tidak memohon kelulusan rasmi, selain kepimpinan tentera Itali tidak dirujuk seperti ditetapkan dalam perjanjian penggunaan pangkalan tentera AS di negara itu.
Setakat ini, Kementerian Pertahanan Itali belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, parti pembangkang berhaluan kiri menggesa kerajaan agar menyekat penggunaan pangkalan Itali oleh Amerika Syarikat bagi mengelakkan negara itu terheret dalam konflik.
Pada masa sama, Perdana Menteri Giorgia Meloni turut menyatakan desakan sedemikian akan dibawa untuk kelulusan Parlimen.
Untuk rekod tindakan Itali dibuat sehari selepas Menteri Pertahanan Sepanyol, Margarita Robles bertindak menutup ruang udara kepada pesawat AS yang terlibat dalam serangan ke atas Iran.
Topic Berkaitan
#Itali
#Iran
#konflik Asia Barat
#pesawat tentera AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan