awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kapal pengangkut pesawat terbesar AS USS Gerald R. Ford tiba di Laut Merah

Bernama
Bernama
07/03/2026
04:39 MYT
Konflik Asia Barat: Kapal pengangkut pesawat terbesar AS USS Gerald R. Ford tiba di Laut Merah
USS Gerald R. Ford melintasi Terusan Suez berserta pemusnah peluru berpandu berpandu USS Bainbridge (DDG-96) sebagai sebahagian penempatannya di rantau berkenaan. - Foto Reuters
Kapal pengangkut pesawat terbesar Amerika Syarikat (AS), USS Gerald R. Ford, tiba di Laut Merah selepas melalui Terusan Suez, lapor Institut Tentera Laut AS (USNI) pada Jumaat.
Menurut Anadolu Ajansi, USS Gerald R. Ford melintasi terusan itu berserta pemusnah peluru berpandu berpandu USS Bainbridge (DDG-96) sebagai sebahagian penempatannya di rantau berkenaan ketika ketegangan memuncak di Asia Barat.
Pentagon sebelum ini mengumumkan bahawa kapal pengangkut membawa kumpulan penyerang itu diarah ditempatkan di Asia Barat pada pertengahan Februari dan misi itu dijangka berterusan hingga Mei.
Dengan kehadiran USS Gerald R. Ford di Laut Merah, AS kini mempunyai dua kapal pengangkut pesawat yang beroperasi di perairan berhampiran.
USS Gerald R. Ford kini beroperasi di Laut Merah manakala kumpulan penyerang kapal induk USS Abraham Lincoln (CVN-72) dikerahkan di Laut Arab.
Ketegangan di Timur Tengah kian meruncing sejak AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran pada Sabtu terhadap Iran, membunuh lebih 1,000 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei, lebih 150 pelajar sekolah dan pegawai kanan tentera.
Iran bertindak balas dengan serangan bertubi-tubi yang menyasarkan pangkalan AS, kemudahan diplomatik dan anggota tentera di seluruh rantau itu, serta beberapa bandar Israel dan serangan terus meningkat.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#Asia Barat
#USS Gerald R. Ford
#Laut Merah
#dikerahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan