Konflik Asia Barat: 'Kehilangan' Netanyahu cetus spekulasi kecederaan, kematian

Spekulasi berhubung 'kehilangan' beliau mula mendapat perhatian kerana biasanya Netanyahu memuat naik sekurang-kurangnya satu video sehari di saluran peribadinya. - Gambar fail
Spekulasi mengenai kemungkinan kematian atau kecederaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semakin hangat selepas beberapa hari beliau tidak muncul membuat penampilan awam.
Netanyahu kebiasaannya memuat naik sekurang-kurangnya satu video sehari di saluran peribadinya, namun sejak tiga hari lalu, kenyataannya hanya muncul dalam bentuk teks.
Pada 8 Mac lalu, langkah keselamatan di sekitar Beit Aghion yang merupakan kediaman rasmi beliau dilaporkan diperketat, dipercayai bagi menghadapi ancaman dron bunuh diri.
Pembatalan secara tiba-tiba lawatan yang dirancang oleh menantu bekas Presiden Amerika Syarikat, Jared Kushner, dan wakil khas Trump, Steve Witkoff, turut menimbulkan spekulasi.
Selain itu, panggilan telefon antara Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Netanyahu tidak menyatakan tarikh sebenar panggilan dibuat.
Pihak berkuasa Israel setakat ini belum mengesahkan atau menafikan khabar angin yang timbul.
Spekulasi turut mendakwa adik Netanyahu, Itamar telah terkorban dan Menteri Israel, Itamar Ben-Gvir mengalami kecederaan parah dalam serangan Iran ke atas negara itu Namun, dakwaan ini telah dinafikan oleh pejabat Netanyahu tidak lama kemudian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
