awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: AS keluar amaran perjalanan ke UAE, Bahrain, Arab Saudi susulan ancaman peluru berpandu

Bernama
Bernama
27/03/2026
02:23 MYT
Konflik Asia Barat: AS keluar amaran perjalanan ke UAE, Bahrain, Arab Saudi susulan ancaman peluru berpandu
Amerika Syarikat pada Khamis menggesa rakyatnya mempertimbangkan semula perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Arab Saudi dengan mengeluarkan nasihat tahap 3.

Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menggesa rakyatnya mempertimbangkan semula perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Arab Saudi dengan mengeluarkan nasihat tahap 3 serta meminta mereka meninggalkan negara berkenaan atau bersedia berlindung di tempat masing-masing susulan ancaman berterusan “peluru berpandu dan dron”, menurut notis rasmi.

“Kami menggesa semua rakyat Amerika agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta menyemak panduan terkini daripada kedutaan atau konsulat AS,” menurut Jabatan Negara dalam amaran perjalanan berasingan yang dikeluarkan melalui kedutaan AS di negara berkenaan.

Penerbangan komersial masih beroperasi di UAE dan Arab Saudi, namun kelewatan serta pembatalan mungkin berlaku, menurut negara itu seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

Jabatan Negara telah mengendalikan lebih 70 penerbangan pemindahan dan membantu ribuan rakyat Amerika meninggalkan Asia Barat sejak konflik bermula pada 28 Feb, menurut pegawai.

Ketegangan serantau terus meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang telah mengorbankan lebih 1,340 orang.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan anggota tentera AS, menyebabkan korban dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Amerika Syarikat
#amaran perjalanan
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan