awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Keputusan bawa pulang MALBATT tertakluk kepada UNIFIL - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
28/03/2026
06:25 MYT
Konflik Asia Barat: Keputusan bawa pulang MALBATT tertakluk kepada UNIFIL - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad, Halia KayTi (Kota Tinggi) di Ladang Telok Sengat hari ini. - Foto Bernama
Malaysia tidak boleh membuat keputusan secara unilateral untuk membawa pulang anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 dari Lubnan kerana tertakluk kepada mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata penugasan pasukan pengaman Malaysia berada di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk soal pemerintahan dan pengunduran anggota.

“Kita tertakluk kepada UN (PBB)... apabila kita bersetuju menyertai misi ini, penugasan dan pemerintahan pasukan berada di bawah UN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad di Telok Sengat di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata sebarang keputusan termasuk membawa pulang anggota perlu melalui proses dan pertimbangan di peringkat PBB bagi memastikan pematuhan kepada mandat misi.

Mengulas situasi keselamatan, beliau berkata terdapat insiden anggota MALBATT terserempak dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF), namun keadaan kekal terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Keutamaan kerajaan ketika ini, katanya ialah untuk memastikan keselamatan anggota sepanjang penugasan.

Beliau berkata langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk penilaian semula operasi di lapangan selaras dengan perkembangan semasa.

“Jika perlu, peranan tertentu boleh ditangguhkan atau pergerakan anggota dihadkan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Lebih 500 anggota MALBATT kini ditempatkan di Lubnan di bawah misi UNIFIL.

Pada 25 Mac lepas, Mohamed Khaled dilaporkan berkata tiada anggota MALBATT 850-13 yang cedera dalam beberapa insiden letupan yang dilaporkan berlaku berhampiran kawasan operasi UNIFIL di selatan negara itu.
Beliau memaklumkan insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara IDF dan Hezbollah di kawasan terbabit.
Menurut Mohamed Khaled, Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berwaspada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled
#MALBATT
#UNIFIL
#selamat
#PBB
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan