awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marwan Barghouti alami penderaan fizikal serius – Peguam
Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian
NRES di fasa akhir muktamad pindaan Akta 127, dijangka dibentang pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran

Bernama
Bernama
14/04/2026
16:06 MYT
Konflik Asia Barat: Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran
Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik.

Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik, atas permintaan organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar negara itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bantuan kemanusiaan itu dirancang untuk disalurkan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menurut kementerian itu sambil menyatakan harapan agar sokongan berkenaan dapat membantu meringankan situasi kemanusiaan.
Langkah itu diambil selepas Seoul menghantar utusan khas ke Tehran pada hujung minggu lepas ketika Korea Selatan berusaha memastikan keselamatan kapal dan anak kapal yang berkaitan dengan negara itu yang masih terkandas di Selat Hormuz.
Bulan lepas, Korea Selatan menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$2 juta kepada Lubnan.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Korea Selatan
#Iran
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan