awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: KPDN tidak terima laporan kenaikan harga mendadak

Reuters
Reuters
02/04/2026
08:59 MYT
Konflik Asia Barat: KPDN tidak terima laporan kenaikan harga mendadak
KPDN sentiasa memantau rapat perkembangan harga barang dan perkhidmatan bagi memastikan pengguna tidak terbeban. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setakat ini tidak menerima sebarang laporan kenaikan harga secara mendadak di pasaran, dengan harga makanan masih dalam keadaan terkawal.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh berkata KPDN sentiasa memantau rapat perkembangan harga barang dan perkhidmatan bagi memastikan pengguna tidak terbeban.
“Kita faham faktor geopolitik global yang memberi kesan kepada kos di seluruh dunia, namun kementerian sentiasa peka dan memantau harga setiap hari bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.
Fuziah berkata pihaknya juga akan sentiasa melakukan libat urus dengan pemain industri bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berhubung situasi semasa di pasaran.
Baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia memaklumkan pengusaha restoran menghadapi kenaikan kos operasi antara 10 hingga 30 peratus susulan tekanan ekonomi global.
Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia pula menjangkakan harga makanan boleh meningkat sehingga 50 peratus susulan kenaikan kos minyak dan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#konflik Asia Barat
#Presma
#harga makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan