awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
11/03/2026
03:56 MYT
Konflik Asia Barat: Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara di selatan Lubnan pada Selasa. - Foto Reuters
Lima orang maut dalam siri serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di selatan Lubnan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media rasmi.
Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan sebuah dron menyerang sebuah kereta di perbandaran Qlaileh di daerah Tyre, menyebabkan dua orang maut.
Satu lagi serangan Israel mengorbankan Datuk Bandar bandar Jouya di Tyre serta seorang ahli majlis perbandaran.
Seorang lelaki warga Lubnan turut terkorban dalam serangan Israel ke atas rumahnya di bulatan Kfarjouz di bandar Nabatieh, menurut agensi itu.
Tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara di selatan Lubnan pada Selasa, tidak lama selepas mengeluarkan arahan pemindahan segera kepada penduduk di kawasan selatan Sungai Litani.
Israel dan Amerika Syarikat meneruskan serangan bersama ke atas Iran sejak 28 Feb lepas, mengorbankan lebih 1,200 orang serta mencederakan lebih 10,000 yang lain.
Konflik itu merebak ke Lubnan, dengan Israel melancarkan serangan udara yang setakat ini mengorbankan lebih 570 orang, mencederakan lebih 1,400 serta menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal sejak 2 Mac lepas.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#lubnan
#serangan udara
#terkorban
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan