awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Charles tidak akan bertemu mangsa Epstein semasa lawatan ke Amerika Syarikat
Konflik Asia Barat: Israel dan Lubnan adakan rundingan langsung pertama sejak 1993
Ketidakstabilan kewangan global meningkat susulan konflik Asia Barat - IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia sedia aktifkan pelan evakuasi pelajar jika perlu

Bernama
Bernama
07/03/2026
15:17 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia sedia aktifkan pelan evakuasi pelajar jika perlu
Adam Adli berkata ibu bapa yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai anak-anak mereka boleh menyemak dengan Wisma Putra. - Foto BERNAMA
Kerajaan bersedia mengaktifkan pelan evakuasi bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di Asia Barat sekiranya situasi semasa di rantau berkenaan memerlukan tindakan segera.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, pelan tersebut telahpun disediakan lebih awal dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa bergantung kepada perkembangan semasa.
Beliau berkata, kementeriannya bersama Kementerian Luar Negeri melalui Wisma Putra sentiasa memantau rapat keadaan di negara terlibat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk pelajar sentiasa terjamin.
"Pelajar Malaysia yang berada di negara berkenaan juga telah dikenal pasti serta dihubungi melalui wakil Malaysia di luar negara bagi memberi nasihat dan panduan sekiranya keadaan memerlukan mereka dipindahkan.
“Ibu bapa yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai anak-anak mereka boleh menyemak dengan Wisma Putra,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar bersama Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), di sini, pada Sabtu.
Adam Adli berkata, setakat ini kementeriannya mengenal pasti kira-kira 1,762 pelajar Malaysia berada di Jordan, diikuti di Arab Saudi (135), Emiriah Arab Bersatu (21), Kuwait (9), Iran (6) dan Qatar (3).
Beliau juga turut menasihatkan pelajar yang baru menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti di Asia Barat supaya menangguhkan perjalanan buat sementara waktu berikutan keadaan semasa yang masih belum kondusif.
Beliau berkata, ini termasuklah gangguan penerbangan ke beberapa negara di rantau itu yang turut menjejaskan pergerakan ke destinasi berkenaan.
“Bagi pelajar yang bakal ke sana, mungkin baru mendapat tawaran atau akan memulakan pengajian, situasi ini belum begitu kondusif.
“Langkah paling selamat ketika ini ialah menangguhkan perjalanan buat sementara waktu serta sentiasa berhubung dengan universiti masing-masing dan KPT bagi mendapatkan kemas kini terkini,” katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#pelan evakuasi
#tangguh perjalanan
#Adam Adli Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan