awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia sertai rundingan IGWG6 WHO secara dalam talian

Astro AWANI
Astro AWANI
23/03/2026
02:23 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia sertai rundingan IGWG6 WHO secara dalam talian
Menurut KKM, usaha berkenaan penting bagi mencapai hasil rundingan yang adil, saksama dan seimbang. - Foto Facebook/KKM
Malaysia akan menyertai sesi rundingan Intergovernmental Working Group ke-6 (IGWG6) yang dijadualkan berlangsung di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland bermula hari ini hingga Sabtu secara dalam talian susulan konflik di Asia Barat.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan penyertaan itu melibatkan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Bagi memastikan input dan pendirian Malaysia diselaraskan secara kolektif dan strategik, delegasi negara yang terdiri daripada pakar teknikal dan perundangan akan berkumpul di satu lokasi penyelarasan di Malaysia untuk mengikuti serta menyertai sesi rundingan tersebut secara aktif demi memelihara kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, keputusan untuk menyertai rundingan secara dalam talian dibuat selepas mengambil kira situasi konflik di Asia Barat serta kekangan logistik yang kritikal ketika ini.
KKM memaklumkan Malaysia menyedari kepentingan rundingan Sistem Akses Patogen dan Perkongsian Manfaat (PABS) dalam memperkukuh kesiapsiagaan pandemik global.

“Sebelum ini, Malaysia sentiasa memastikan kehadiran perwakilan dalam rundingan sedemikian dan tidak pernah gagal menghantar delegasi fizikal.

“Malaysia melalui kerjasama erat antara kementerian itu dan agensi berkaitan akan terus komited untuk bekerjasama secara kolaboratif dengan negara anggota lain serta pihak berkepentingan,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, usaha berkenaan penting bagi mencapai hasil rundingan yang adil, saksama dan seimbang, di samping memelihara kepentingan nasional serta mendukung prinsip solidariti dan tanggungjawab bersama.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KKM
#WHO
#IGWG6
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan