awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: MOM akan putus keperluan perketat pemilihan atlet Sukan Asia 2026 - CDM

Bernama
Bernama
08/04/2026
06:10 MYT
Konflik Asia Barat: MOM akan putus keperluan perketat pemilihan atlet Sukan Asia 2026 - CDM
Sumali berkata, berkata keputusan berkenaan juga wajar ditentukan bersama KBS, mengambil kira kemungkinan peningkatan kos penyertaan kontinjen negara susulan konflik semasa di Asia Barat. - Gambar fail
Ketua kontinjen (CDM) negara ke Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun Datuk Mohd Sumali Reduan menyerahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk memutuskan sama ada memperketat pemilihan atlet ke temasya yang dijadual berlangsung 19 Sept hingga 4 Okt ini.
Beliau berkata keputusan berkenaan juga wajar ditentukan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mengambil kira kemungkinan peningkatan kos penyertaan kontinjen negara susulan konflik semasa di Asia Barat.
“Kita serahkan kepada MOM, mungkin mereka akan kurangkan atlet dan hanya hantar atlet yang betul-betul boleh memberikan pingat atau peluang besar dapat pingat.
“Tapi buat masa ini saya belum ada maklumat lanjut. Ia bergantung kepada sejauh mana krisis ini memberi kesan kepada ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) kali pertama (2025-2027) di sini hari ini.
Ditanya sama ada terdapat pelan alternatif sekiranya situasi di Asia Barat berlarutan, Mohd Sumali berkata perkara itu belum dibincangkan secara rasmi.
Walau bagaimanapun, beliau berkata perbincangan ringkas telah diadakan bersama Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengenai impak konflik berkenaan terhadap kontinjen negara ke Sukan Asia 2026.
“Kita tunggu lampu hijau daripada Tan Sri Mohamad Norza sendiri, serta perbincangannya bersama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari. Sebagai CDM, saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan mendahului mereka,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Asia 2026
#Sukan Asia Jepun
#Mohd Sumali Reduan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan